Pernah Anda Terfikir Tak Skill Yang Mahal Masa Sekarang Dan Masa Akan Datang...
Dalam ruangan blog saya pada kali ini, saya akan 'spill' satu skill yang membuatkan anda mempunyai konten dalam media sosial anda malah boleh menjana pendapatan anda sekaligus, jika kena pada tempatnya.
Ini adalah perkongsian daripada saya yang memerhati dan melihat perubahan dalam pembuatan konten. Hasil daripada pemerhatian saya, Artificial Intelligence atau A.I semakin banyak digunakan di mana-mana sahaja. Ini bermaksud semakin ramai yang tahu dan sedar akan kepentingan serta kewujudan teknologi yang semakin berkembang maju ini.
Namun, disebalik penggunaan A.I ini, saya mulai sedar akan satu hal yang mungkin orang lain pun tahu tapi saya tidak peduli, saya tetap akan memberikan sedikit sebanyak info mengenainya. Kita sebagai manusia seharusnya mempunyai skill dalam kehidupan ini. Tanpa skill atau ilmu, mana mungkin kita bekerja atau membuat sesuatu dalam kehidupan seharian.
Jika kita lihat daripada sudut pandang media sosial, kita dapat melihat media sosial ini sebagai satu platform untuk seseorang itu membangunkan sesuatu. Terpulang kepada orang tersebut sama ada memilih untuk positif ataupun negatif. Maka, ramai orang mahu membuat atau menghasilkan konten berdasarkan kreativiti masing-masing.
Tidak kurang juga orang membuat konten untuk menjual kerana zaman sekarang penuh persaingan maka ramai yang memilih untuk menjadi lain daripada yang lain. Ada yang memilih untuk rekod video sendiri dan ada juga yang memilih untuk menggunakan alternatif lain seperti menggunakan bantuan A.I.
Masalahnya dengan A.I ni, untuk menghasilkan konten berunsurkan A.I kena ada wang baru boleh jalan. Dan, jika free sekalipun, yang dijana itu terhad dan tidak berkualiti. Jarang sekali dapat yang mantap. Biasalah, testing katanya. Benda yang paling hampir free untuk dibuat adalah dengan bermula dengan diri kita sendiri seperti rekod video.
Oleh sebab itulah skill untuk bercakap dihadapan kamera merupakan salah satu skill yang perlu diperkasakan sekiranya kita mahu lompat jauh ke hadapan. Penggunaan A.I tu saya tidak katakan salah, tapi skill bercakap di hadapan kamera, memunculkan diri, meyakinkan orang lain bahawa yang bercakap ini adalah manusia sebenar adalah skill yang perlu ada dan mahal di zaman yang moden ini.
Saya pernah sebut sebelum ini, dalam penulisan saya dalam video saya dimedia sosial pun saya tegaskan bahawa jika anda berminat untuk memulakan sesuatu,kalau belum mula, mulakan sahaja dengan apa yang kita ada. Tidak pandai itu adalah satu alasan. Malu itu sebab ini bukan satu kebiasaan. Tidak tahu itu kita sangaja tidak mencari ilmu. Mulakan sahaja, jalan sahaja, lambat laun apa-apa yang diusahakan pasti dapat diperhalusi lagi.
Maka, dengan memperkasakan diri sendiri, develop skill yang ada seperti skill bercakap dihadapan kamera akan menjadikan kita satu step dihadapan semua orang. Disaat A.I mula menguasai dunia, kita sebagai manusia pasti akan mencari konten yang berunsurkan 'originality' seorang manusia yang 'genuine'. Mahu tidak mahu, kita kena mula dan belajar serta hadap semua halangan jika kita mahu step ahead. Tidak ada cara lain lagi.
Derick Victor
(JOE BITSBURY)