Bayangkan, Satu Petang Kau Buka Handphone...
Buka Facebook, buka Tiktok, Instagram dan sebagainya. Lalu, swipe up swipe down. Layan kejap lepastu marah marah, ketawa, sedih dan diulang-ulang sehinggalah keluar perkataan ini, "eh, tak sedar dah sejam". Baik, dunia hari ini ini terasa bergerak laju seiring dengan masa yang berlalu pergi takkan kembali. Benda-benda sekeliling seperti media sosial dan sebagainya dicipta untuk membuatkan kau terus 'tenggelam' di dalamnya tanpa kau sedar. Dan itulah sebabnya, hal-hal yang melibatkan emosi terlalu banyak FYP berbanding konten yang memberikan manfaat.
Sepanjang menjadi pembuat konten, satu hal yang saya lihat ialah manusia cenderung untuk emosi kepada benda-benda yang melibatkan ketakutan dan dekat dengan manusia. Saya beri contoh, hari tu, ada satu penyakit yang muncul kejap then pupus begitu sahaja. Ianya diberi nama Hantavirus. Kebetulan saya juga mengambil kesempatan untuk membuat isi kandungan yang bermanfaat seperti menerangkan apa penyakit tersebut, bawaan oleh haiwan apa, dan cara mencegahnya. Apa reaksi orang?
First komen yang berlalu pergi dilabel sebagai offensive. Saya pun dengan selambanya pergi klik bahagian itu. "L*****u". "T***I". Saya mula-mula tu, geram lah juga, then secara perlahan-lahan saya ambil kesempatan untuk "baca" keadaan itu. Terlalu ramai yang masuk berdesup, manusia in and out daripada artikel itu. Artikel ya, bukan video. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa lebih separuh daripada reaksi itu adalah negatif berbanding positif. Nampak permainan media sosial di situ? Bagaimana cara mereka bermain "emosi" untuk memancing agar terus terperangkap dalam dunia maya?
Pada asalnya, saya ingin menyebarkan informasi dan maklumat serta kebaikan kepada semua orang. Algoritma yang telah disusun untuk golongan-golongan "consumer" ini, telah membawa artikel dan informasi yang asalnya baik menjadi "pusat buangan" emosi golongan-golongan "consumer" ini. Daripada awal sehingga sini, apa yang cuba saya sampaikan anda seorang CONSUMER atau CREATOR?
Consumer dalam konteks ini bermaksud seseorang yang telan, makan dan hadap apa yang disajikan didalam media sosial. Selalunya, ini adalah golongan yang bagi saya merbahaya kerana terlalu banyak konsum benda-benda yang tidak menambahkan nilai kepada hidup adalah sesuatu yang bagi saya merugikan. Marah itu satu energy yang mana kau boleh gunakan untuk membangunkan kehidupan. Bersenam, bercucuk tanam di belakang rumah, membersihkan rumah dan sebagainya adalah aktiviti yang boleh dibuat selain daripada melayan "perangkap" media sosial ni.
Creator pula in the other hand ialah pencipta atau pembuat. Mencipta sesuatu terutama sekali konten yang memberi manfaat kepada ramai orang adalah jauh lebih penting daripada membazirkan masa dengan membuat hal-hal yang tidak berfaedah. Mencipta dalam konteks ini ialah sesuatu yang berfaedah dan positif ya. Cuba benda-benda baru dalam membangunkan kehidupan dan secara tidak langsung dapat menyebarkan kebaikan adalah point utama dalam menjadi content creator yang baik.
Bagi yang baru menerjunkan diri dalam pembuatan dan pembangunan isi kandungan, teruskan berjuang, konsisten dan disiplin. Jangan sesekali algoritma dan kekangan menjadi batu halangan kepada kita kerana ada sahaja benda-benda yang tidak kena dalam pembuatan konten. Yang penting jalan terus dan jangan mengalah. Tidak pandai, belajar. Tidak yakin, post saja. Tidak tahu, cari. Jangan menjadikan diri kita sebagai pembuat konten menjadi pembuat alasan. Perfection is not available for pemula. Lama-kelamaan, perfection akan follow. Only perfectionist will deny this.
Derick Victor
(JOE BITSBURY)