SIAPA JOE BITSBURY?
Hello. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Nama saya ialah Derick Victor. Saya adalah owner kepada jenama JOE BITSBURY. JOE BITSBURY ialah sebuah entiti perniagaan yang telah di daftarkan dibawah Majlis Perbandaran Penampang. Jenama ini tidak terhad kepada satu jenis perniagaan sahaja. Jika anda follow saya di media sosial, anda akan dapat melihat kebanyakan konten atau niche yang saya ketengahkan adalah dalam bentuk hiburan, info, bacaan NILAM, dan juga konten-konten bersifat animasi. Namun, saya juga ada menjual produk seperti electronic book (eBook).
Menjadikan JOE BITSBURY sebagai satu nama perniagaan tercetus apabila saya inginkan satu nama perniagaan yang mana jika disebut ianya tidaklah menggambarkan sesuatu perniagaan. Sebagai contoh, Joe Inspired. Nampak nama ini, pasti terlintas dalam fikiran bahawa nama ini membawa perniagaan berunsurkan wangian lebih ke arah perfumery. Maka, saya mencari nama perniagaan sehinggalah nama itu sendiri muncul dalam mimpi.
Suatu malam, saya telah bermimpi seorang drummer memakai baju singlet sukan, bertopi trucker yang dipusingkan ke belakang sambil bermain dengan begitu hebat sekali. Terpukau saya dibuatnya, sehinggalah saya mendengar "Please give a round of applause for Joe...Bitsbury!!!". Terus saya terbangun dari mimpi. Rupanya, hari sudah siang dan saya harus bersiap untuk pergi kerja. Sedang bersiap sedia, nama itu terus menerus bermain dalam minda. Maka, saya 'google' , cari di Youtube, FaceBook dan sebagainya. Langsung tidak dijumpai! Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk terus membina sesuatu daripada nama itu dan secara perlahan-lahan mendaftarkan nama itu sebagai satu entiti perniagaan.
Jika anda mengambil masa untuk menaip nama JOE BITSBURY di carian enjin mahupun di mana-mana platfom media sosial, anda sekarang pastinya akan menjumpai nama ini. Melalui platfom dan perniagaan yang dibangunkan ini, saya harapkan agar ianya akan memberi lebih banyak manfaat dan nilai kepada orang sekeliling melalui cara 'exchange of value'.
Kini, JOE BITSBURY telah mempunyai beberapa jenis produk Digital dan anda dipersilakan untuk melihat sendiri produk ini untuk anda, atau untuk orang disekeliling anda. Terima Kasih.
Salam Perkenalan,
Derick Victor
(JOE BITSBURY)