Akses Di Zaman Moden Tersangatlah Mudah
Aku masih teringat akan zaman persekolahanku dahulu ingin membeli buku info panjang berharga Rm6 atau Rm9. Dalamnya terdapat pengetahuan am. Dulu, aku memang suka sangat akan membaca kerana pada masa, zaman, dan ketika itu, hiburan adalah semata-mata televisyen, buku dan mainan bagi kanak-kanak. Bermain game di PC adalah sesuatu yang digelar T20 jika dibandingkan pada zaman sekarang apatah lagi jika memiliki Poly station mahupun Playstation(PS) 1 atau pun PS 2. Zaman itu tersangatlah mudah untuk belajar apatah lagi membaca kerana itu sahaja aktiviti yang dibuat.
Membaca komik pula adalah sesuatu yang boleh dikatakan premium. Lagi mantap jika rakan memiliki komik kerana boleh pinjam mengikut giliran. Harga pada zaman itu adalah sekitar Rm5 atau Rm6. Ia boleh dibandingkan dengan harga membeli komik berharga Rm25 atau Rm 30 sekarang. Haritu aku ke Popular Bookstore, nampak harga buku komik harga sedemikian rupa.
Maka, apa yang ingin aku terangkan adalah akses kepada isi kandungan berupa ilmu pengetahuan hampir tiada hijabnya. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Hanya rajin atau tidak. Aku pada mulanya membuat isi kandungan atau konten dalam media sosial adalah untuk praktis cara dan bagaimana membuat isi kandungan dalam media. Secara perlahan, aku mula melihat perubahan demi perubahan yang berlaku sehinggalah aku terpaksa membuat satu lagi page dan brand yang dipanggil JOE BITSBURY.
Perubahan demi perubahan telah di mantapkan dan aku sebenarnya masih lagi belajar. Tetapi, konten aku kini semuanya tentang maklumat dan info. Banyak ibu bapa telah menggunakan bahan yang telah aku buat dan rapikan dalam setiap penulisan dan coretan serta media yang berfaedah. Jika anda melihat blog ini, terima kasih kerana membaca sehingga sini. Akan aku beri ilmu dan info serta maklumat dalam page JOE BITSBURY. Sama ada percuma atau berbayar, in exchange of value. Salam semua.
Derick Victor
(JOE BITSBURY)