Biar Saya Mulakan Topik Ini dengan satu cerita.
Setelah menamatkan persekolahan formal Tingkatan 5. Seingat saya, itu adalah peperiksaan terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yang aku tahu, peperiksaan itu adalah peperiksaan yang terbesar dalam hidup seseorang kerana ia adalah benda penting untuk seseorang menentukan halatuju hidupnya atau memilih laluan kerjayanya. Setelah habis pelajaran Tingkatan 5, aku berpendapat habis lah sudah sesi pembelajaran. Tak perlu lagi belajar selepas ini.
Semasa aku Tingkatan 5, aku diambil bas sekolah seawal jam5 pagi. Sampai ke sekolah sekitar jam6.15. Dan aku menghadiri kelas tambahan sekolah sehingga jam3 petang. Setelah itu, aku menuju ke pusat tuisyen sehingga jam 8 malam. Lain lagi membuat kerja sekolah. Tahun itu merupakan tahun yang 'hectic' buat aku kerana banyak matapelajaran aku tidak excel. Oleh sebab itulah aku menganggap, tamatnya tahun itu, maka tamat lah satu hal yang dipanggil BELAJAR.
Semakin meningkat dewasa, satu hal yang menyedarkan aku bahawa hidup ini penuh dengan pembelajaran. Ingin menjadi suami yang baik kena belajar menjadi suami yang baik. Ingin menjadi seorang bapa yang baik kena belajar bagaimana untuk menjadi seorang bapa yang baik. Ingin mengembangkan perniagaan dan karier kena belajar bagaimana hendak mengembangkan perniagaan dan menelaah sesuatu yang bakal digunakan dala karier. Jadi dalam konteks belajar itu sendiri, ianya tidaklah sama seperti formal education.
Kanak-kanak yang ingin bermain bola sepak pun kena belajar bagaimana mengimbang bola dan berlari membawa bola dengan kaki. Inikan pula dalam kehidupan kita seharian. Maka, jangan sesekali berhenti belajar kerana ilmu tidak akan pernah habis melainkan kita decide untuk berhenti belajar ataupun ajal tiba. Belajar lah apa-apa sekalipun. Bangunkan lah hidup, tingkatkan ilmu untuk meningkatkan kehidupan ini kerana laluan dan perjalanan kita masih jauh walaupun ajal dan maut bukan di tangan kita.
Derick Victor
(JOE BITSBURY)