ANDA SEORANG YANG KREATIF?
Siapa di sini meminati kerja seni? Tidak kira apa sekalipun. Menulis, melukis, membuat lagu, menulis puisi dan sajak serta mendeklamasikan mereka. Apa-apa sahaja yang dihasilkan daripada pemikiran, perbuatan dan sebagainya di sebut sebagai hasil karya kreatif. Pesan pada diri saya dan orang lain jangan pernah berhenti membina, mereka dan mencipta kerana kita manusia seharusnya kena sentiasa membuat benda ini dan jangan sesekali berhenti.
Membina audiens dengan penulisan, video, audio dan sebagainya juga dianggap mencipta. Kita mencipta konten atau isi kandungan yang di sajikan kepada audiens kita. Mereka suka, mereka akan follow kita dan dari situ lah audiens anda akan berkembang dan berkembang. Businessman juga mencipta sesuatu. Mereka mencipta aliran tunai. Dengan cara apa, dengan cara menjual dan sebagainya.
Dalam dunia yang serba moden ini, hasil kerja kreatif semakin lama semakin didominasi oleh Artificial Intelligence (A.I) atau kecerdasan buatan. Semakin lama semakin canggih. Dan, ada segelintir individu dan manusia yang takut akan hal ini. Seharusnya, kita perlu belajar atau paling kurang pun ambil tahu akan hal ini. Yang akan terkesan kepada ayat "A.I sangat merbahaya" ialah golongan-golongan yang kurang kesedaran dan kurang ambil tahu akan hal seperti ini.
Wujudnya A.I seperti ini menjadikan segalanya nampak mudah untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Maka, kerja akan menjadi semakin mudah dan segalanya semakin laju. Maka, yang lambat akan terus ketinggalan. Saya bukan berniat untuk menakutkan anda tapi inilah realiti zaman sekarang.
Sebagai contoh, saya seorang yang suka kepada pembuatan sebuah lagu. Daripada umur saya seawal 12 tahun, saya sudah mula angkat gitar serta menulis rangkap 1, rangkap 2, korus, rangkap 3, ulang rangkap 3 dan sebagainya sehinggalah melodinya tercipta maka terhasilnya sebuah lagu. Saya mengambil masa paling cepat 15 minit untuk siapkan sebuah lagu. Sekarang, jika anda lihat, musik A.I sedikit sebanyak telah mula mendominasi media sosial. Pernah kah anda mencuba mereka? Mahu tahu berapa lama siap? Kurang dari 5 minit. Malah, saya pernah siapkan satu lagu selama seminit dengan hanya bermodalkan idea.
Poin yang cuba saya sampaikan ialah jangan pernah berhenti mencipta. Kehidupan ini diberi oleh Yang Mahakuasa untuk kita terus mencuba dan mencipta diatas muka bumi ini. Saranan saya anda ciptalah yang elok dan lebih kepada pembangunan ke arah yang lebih baik. Bagaimana dengan anda? Teringat sesuatu? Terus mulakan jika anda masih belum mulakan sesuatu hari ini!
Derick Victor
(JOE BITSBURY)